SOALAN INTERVIEW KAHWIN DAN JAWAPAN NYA



Assalamualaikum..

sebelum ni cik nysa ada mention kan pasal soalan interview kahwin kat entry ni borang nikah...

so cik nysa ada la study sket pasal soalan soalan ini...al maklum la..cik nysa hanya manusia biasa tak lepas dari kekhilafan...so kena terus study dan study....nasib baik cik nysa kena jugak di interview soalan soalan begini..kalau tak sampai sudah kita sebagai manusia biasa yang kekadang lalai dalam bab ni tak tahu dan alpa dalam bab ni....

kat bawah ni ada sedikit rujukan buat kita semua...


soalan 1 :: MENGUCAP



 









:: rukun islam yang pertama maksudnya " aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi muhhamad itu pesuruh Allah.."



soalan 2 ::  ISTIGHFAR




Maksudya:

Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

soalan 3 :: SELAWAT


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad  

soalan 4 :: BACAAN AL FATIHAH 

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيم
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Translation:
In the name of God, the Entirely Merciful, the Especially Merciful.
All praise and thanks is for to God, [The] Creator, Owner, Sustainer of the Worlds.
The Entirely Merciful, The Especially Merciful.
Owner of the Day of Recompense.
You alone do we worship and You alone we seek for help.
Guide us to the Straight Path.
The path of those whom Your blessings are upon, not of those who You have cursed nor of those who have gone astray

soalan 5 :: RUKUN ISLAM

:: rukun islan ada 5 perkara yakni ::-

1.   mengucap dua kalimah syahadah



      


" aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa nabi muhhamad itu pesuruh Allah.."

2.   Solat 5 waktu sehari semalam
3.   Puasa di bulan ramadhan
4.   Mengeluarkan zakat
5.   Mengerjakan haji bagi yang mampu

soalan 6 :: RUKUN IMAN

1.   beriman kepada Allah
2.   beriman kepada malaikat
3.   beriman kepada rasul
4.   beriman kepada kitab
5.   beriman kepada hari kiamat
6.   beriman kepada qada' dan qadar

soalan 7 :: SEBAB SEBAB BERHADAS

Penjelasan ringkas:
Ada beberapa perkara yang jika hal itu menimpa seseorang maka wajib atasnya untuk mandi:
1.    Ketika keluar mani dalam keadaan terpencar, baik dalam keadaan terjaga maupun sedang tidur (mimpi basah), baik melalu jalan yang halal (jima’) maupun jalan yang haram (onani, masturbasi, dan perzinahan).
2.    Ketika melakukan jima’, baik ada mani yang keluar maupun tidak ada, baik jima’ yang halal maupun yang haram.
3.    Ketika suci dari haid.
4.    Ketika suci dari nifas.
5.    Orang islam meninggal bukan dalam keadaan syahid di medan perang
6.    Orang kafir yang nak peluk islam baik dari yang asli mahupun yang murtad

soalan 8 :: LARANGAN KETIKA BERHADAS

1.   solat
2.   berwudu'
3.   menyentuh musyaf atau membawanya
4.   menyebut ayat al quran
5.   masuk masjid
6.   bersetubuh
7.   tawaf

soalan 9 :: LAFAZ NIAT DAN CARA MANDI WAJIB

Rukun mandi ada 2 perkara:

1. Niat; untuk mengangkat hadas besar seperti junub,haid dan nifas.

Lafaz niat: نَوَيْتُ رَفْعَ الْحَدَثِ اْلأَكْبَرِ لله تَعَالَى
atau “Sahaja aku mengangkat hadas junub/haid/nifas kerana Allah Taala”

2. Membasuh seluruh anggota yang zahir

Wajib meratakan air ke seluruh anggota badan seperti rambut, bulu-bulu yang terdpt pada anggota, kulit telinga yang di sebelah luar, kemaluan perempuan yang zahir di masa ia duduk membuang air kecil dan kemaluan lelaki dan perempuan yang sebelah belakang yang zahir di masa membuang air besar. Rambut yang terikat hendaklah diuraikan.
Apabila salah satu anggota badan tidak dikenakan air, maka mandi itu masih belum dianggap sempurna sahnya.


CARA-CARA MANDI yang BAIK

Semua amalan ibadat yang nak kita lakukan sekurang-kurangnya mengikut jejak langkah Rasulullah s.a.w.

Telah diriwayatkan oleh Saidatina Aishah .a. tentang mandi Rasulullah s.a.w.. Katanya, “Bahawa ketika Nabi s.a.w. mandi junub. Baginda memulakan membasuh kedua-dua tangan baginda. Kemudian, baginda mencurahkan air dan membasuh kemaluan baginda dengan tangan kiri. Seterusnya mengambil wuduk. Kemudian, baginda mengambil air dan menjirusnya ke kepala serta menyelit-nyelit pangkal rambut setelah air meresap ke seluruh pangkal rambut lalu dicurahkan air dari atas kepala sebanyak 3x. Kemudian meratakan air ke seluruh badan. Setelah itu, baginda menjirus bahagian kanan 3x dan bahagian kiri 3x.” (Riwayat Bukhari & Muslim)

bagi perempuan yang mandi wajib haid, disunatkn menggunakan sedikit kasturi atau benda yang agak wangi(halal) sedikit untuk membasuh dan membersihkan kesan-kesan darah dan bau yang tidak elok dengan cara meletakkan wangian itu di atas kapas dan memasukkannya ked lama faraj(kemaluan), sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

خُُُُُُُُُُذِىْ فُرْصَةً مِنْ مِسْكٍ فَتَطَهَّرِيْ بِهَا
Ambillah sedikit dari kasturi kemudian bersihkan dengannya.

soalan 10 :: BAHAGIAN BAHAGIAN AIR


BAHAGIAN-BAHAGIAN AIR

Air Terbahagi Kepada Empat Bahagian:

1) Suci lagi menyucikan
2) Suci lagi menyucikan tetapi makruh
3) Suci tetapi tidak menyucikan
4) Bernajis

soalan 11 :: BAHAGIAN NAJIS DAN CARA MENYUCIKANYA

Jenis Najis (terbahagi kepada 3):
1. Mughallazah
Anjing dan babi serta segala yang berkaitan dengan kedua-dua binatang ini termasuk di dalam kategori ini.
Cara mencuci : menyiram air sebanyak 7 kali dan salah satu dari air siraman itu hendaklah dicampur dengan tanah.

2. Mukhaffafah
Merupakan najis ringan, seperti kencing anak lelaki yang berumur 2 tahun kebawah yang hanya makan susu ibunya.
Cara mencuci : memadai denagn memercikkan air atas benda yang terkena najis itu kemudian dilapkan.

3. Mutawassitah, terbahagi kepada 2 bahagian :
- Hikmiah : najis yang kita yakin adanya tetapi tidak nyatazatnya seperti air kencing yang sudah lama kering hingga sifatnya sudah hilang.
Cara mencuci : memadai dengan mengalirkan air diatasnya.
- Ainah : najis masih ada zatnya.
Cara mencuci : dicuci sehingga hilang semua jenis sifatnya. 
soalan 12 :: RUKUN WUDU' DAN PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDU'

RUKUN WUDU'

1.  Niat
2.  membasuh muka
3.  membasuh tangan hingga ke siku
4.  menyapu air ke kepala
5.  membasuh kaki
6.  tertib

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’

1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.

soalan 13 :: SOLAT DAN RUKUN

RUKUN SOLAT/SEMBAHYANG

Syarat dan Rukun Sembahyang
Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.
Syarat Sah Sembahyang
Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.
Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
Perkara Yang Membatalkan Sembahyang
Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

soalan 14 :: RUKUN NIKAH DAN PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA

Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu,

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi
Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.


soalan 15 :: TANGGUNGJAWAB SUAMI,ISTERI DAN BERSAMA

 Tanggungjawab suami  (Hak Isteri)
  1. Memberi nafkah zahir dan batin
  2. Membayar mas kahwin kepada isteri
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Menjaga maruah isteri
  5. Memberi didikan agama
  6. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar
  7. Menjaga dari sebarang ancaman
  8. Adil terhadap semua isteri

Tanggungjawab isteri terhadap suami (Hak Suami)
  1. Taat dan hormat kepada suami
  2. Menjaga maruah suami
  3. Memberi layanan yang baik
  4. Memuaskan hati suami  dan menyenangkan pada bila-bila masa
  5. Menjaga dan membelanjakan harta suami dengan sebaiknya
  6. Tidak keluar rumah tanpa izin
  7. Tidak mendedahkan kelemahan suami

Tanggungjawab bersama

  1. Mengekalkan kerukunan rumahtangga
  2. Memelihara dan menjaga anak-anak
  3. Memberi pendidikan yang sempurna
  4. Memberikan layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua belah pihak
  5. Menyediakan rawatan dan perubatan
  6. Menjamin keselamatan
soalan 16 :: TANGGUNGJAWAB TERHADAP ANAK-ANAK

SEMASA DALAM KANDUNGAN ::

1.  menjaga kesihatan ibu mengandung
2.  menjaga hak harta pesaka bayi

SEMASA BAYI DILAHIRKAN ::
1. memberi nama yang mempunyai maksud yang baik
2. hak untuk menyusu
3. hak untuk belajar
4. hak untuk perbelanjaan
5. hak untuk perlindungan

soalan 17 :: AURAT LELAKI DAN AURAT PEREMPUAN

untuk bahagian umum ::

lelaki :: antara pusat sehingga lutut
perempuan  :: seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan

aurat dengan ahli keluarga ::
lelaki :: antara pusat sehingga lutut
perempuan :: antara pusat sehingga lutut

aurat sesama jantina ::
lelaki :: antara pusat dengan lutut
perempuan :: antara pusat dengan lutut
tetapi kalau menimbulkan fitnah wajib tutup seluruh tubuh

soalan 18 :: WAKTU HARAM BERSETUBUH

1.  ketika dalam ihram
2.  ketika bulan puasa di siang hari
3.  ketika datang haid dan nifas

soalan 19 :: TALAK

Jenis-jenis Talak
Terdapat beberapa jenis talak di dalam perceraian, jenis-jenis talak ini boleh dikategorikan seperti berikut:
  1. Talak Raj'ie-suami menjatuhkan talak satu dan boleh dirujuk jika perempuan itu habis edah
  2. Talak Battah-suami melafazkan talak untuk selamanya
  3. Talak Bain-suami melafazkan talak 3 dan hanya boleh nerkahwin jika perempuan itu berkahwina lain dan sudah disetubuhi suami baru itu dan diceraikan dan sehingga habis edah
  4. Menjatuhkan talak tiga sekaligus
  5. Talak Sunni-suami melafazkan talak ketika isteri masih dalam keadaan yang suci
  6. Talak Bid'i-suami melafazkan talak ketika isteri dalam keadaan tidaj suci
  7. Talak taklik - suami jatuhkan talak dengan syarat

soalan 19 :: HAK HAK SELEPAS PENCERAIAN
1. nafkah idah
2. hutang mas kahwin
3. tempat tinggal
4. mut'ah
5. harta sepencarian
6. hak jagaan anak
7. nafkah anak


ok...so takat ni ja jenis soalan interview.....
 

       
          







Followers