KUIH CEK MEK MOLEk


Assalamualaikum ...

Bila aura mood baik datang time cuti2 ni .. banyak benda nak buat .. lepas tu termengah mengah penat ... over sangat .. hahahah

Petang ni , sebenarnya kemalasan tu sedang melanda diri tapi bila anak-anak dah tido , petang2 ni pulak xbuat apa .. kain baju semua siap lipat dh .. makanan untuk en asben pon siap masak dh , so masa free tu tetiba ada .. selalu macam lipas kudung , mesti ada ja benda nak kena buat ... tapi rini macam nak tido jugak sekali anak2 , macam tak bole tido plak ... nak mendugong ( guling-guling) pon dah tak larat ...
Teringat dalam peti ais ada lagi seketul ubi merah ... si kakak ngan en asben suka jugak makan kuih cek mek molek ni ...
time ni la nak main masak2 bila anak2 dh tido ...
apa lagi , operasi bermula ...

BAHAN-BAHAN
1 ketul ubi merah ( ikut banyak mana nak guna )
Tepung gandum - nysa guna dua sudu untuk seketul ubi
garam
gula

Cara-cara

:: mula-mula rebus dulu ubi merah tu ( nak cepat , potong kiub kecik-kecik )

:: dah lembut , lenyek-lenyek kan ubi tu
:: tambah tepung dalam dua sudu ( jangan lebih sangat tepung nanti kuih boleh jadi keras )
:: bentuk kan adunan
:: letak gula di tengah-tengah ubi dan bentukan membujur ...
:: then , goreng

siap..!!

senang ja

nak froze kan kuih ni , nysa goreng sekejap ja , sejukan then simpan dalam bekas ...
simpan dalam freezer

esok nak makan baru goreng sampai masak pulak

k daaaa

REVIEW 2015



Assalamualaikum ...

Tahun 2015 ...
Tahun yang penuh dengan cerita-cerita tentang liku-liku kehidupan ....*ayat dokumentari sanggatt.... hahaha

Kalau nak masuk tahun baru ni , mesti sinonim dengan azam ... ahak ... seperti biasa , macam tahun2 sebelum ni , azam tak pernah nak settle ... haaaa jenuh .. mai tahun 2016 ni , umo sndiri pon ak dok kira banyak kali , ni apatah lagi pasal azam kan .. hehe ... so apa yang ak buat , juz follow the life flow ... juz go through apa yang jadi ...
erm ... macam-macam jugak la berlaku tahun 2015 ni .... meh kita highlight .... untk kenangan tahun akan datang pulak .. hehe

AWAL TAHUN ( sebenarnya hujung tahun 2014 yang tahu )

Untuk yang kali kedua nya ... rezeki yang Allah nak bagi lagi ...
kami mendapat berita yang paling gembira ... walaupun si kakak baru berapa bulan ja time tu .. ahak
kakak dhia nak dapat adik


9 MEI 2015

Alhamdulillah ... cukup setahun anak dara sulung ibu ... 
Makin lama makin bijak anak ibu ... makin penuh dengan gelak tawa bila tengok awak makin membesar ... ibu rasa sangat bersyukur. Bila dapat tengok sendiri anak ibu membesar

ENTRY DHIA TURNS 1
http://sekadarmemorinysa.blogspot.my/2015/06/dhia-turns-1.html


AWAL JUN 2015

ak di sahkan mengalami plasenta previa type 3 .... sedih sangat time ni .. bukan sedih sebab apa .. sebab kena bermautatin dalam hospital hampir sebulan jugak la ... Allah ja yang tau betapa letihnya ak sepanjang waktu tu .. tapi Allah tak kan bagi dugaan kalau DIA tau hamba dia mampu hadapinya dan kesenangan selepas itu ... Alhamdulillah walaupun terpaksa ceaseran , anak bam bam ak selamat ... even kena stay sekejap dalam inkubator

http://sekadarmemorinysa.blogspot.my/2015/08/journey-second-pregnant-part-1.html


21 JULAI 2015

lahirnya seorang lagi puteri , NUR ALESYA AMNI di beri nama ... setelah berhempas pulas menanggung kesakitan keletihan dan banyak lagi la




TRIP TO LANGKAWI part 1




Assalamualaikum ..

sebenarnya tak plan pon nak ke langkawi ni ... besala , kalau plan tu , plan bagai nak rak, last2 bangun tido dok ada lagi kat rumah ... sampaila keesokan harinya , still di rumah ...
so , kali ni last minit punya plan ..
Asalnya nak balik penang rumah mak , pastu ,  tengah keje sehari sebelum tu , mesej hubby jom kite g langkawi sebelum ke penang .. hubby pon bagi green light ... dapat pergi dua hari satu malam pon jadi dah ...
nak ikutkan budget tu sebenarnya bukan ada budget besar pon tapi dah kerana nak jugak pergi , sanggup korek tabung yang mana ada ... haha
tapi kali ni kami betul2 safe budget ... in syaa allah , kalau betul rancang budget dan ikut seperti yang dirancang , budget kita akan cukup ... macam kami ni , siap dapat diskaun lagi .. tengok ,Allah nak permudahkan percutian kami ...
sebelum itu , kami share dulu tips budget kami

TIPS BUDGET BAWAH RM 500++ 2 HARI 1 MALAM I LANGKAWI

1.   TUJUAN PERGI
       -   macam kami , yang kami nak pergi sangat ni bukan sebab apa .. sebab teringin nak bawak anak2 tengok akurium terbesar di sana . so, kami hanya rancang ke tempat yang kami hanya nak pergi sahaja
so kami rancang hanya akan ke tempat2 seperti

UNDERWATERWORLD LANGKAWI 
2 dewasa 1 kanak2 ( amni tak dikira )
RM 52

BIRD PARADISE WILDLIFE PARK
2 dewasa 1 kanak2 ( amni tak dikira )
 RM 42

MUZIUM 3D
2 dewasa 1 kanak2 ( amni tak dikira )
RM70 ( HARGA KESELURUHAN AGEN TERMASUK KOMISEN UNTUK KETIGA-TIGA TEMPAT)

amaran keras : dah bajet nak pergi tempat-tempat tertentu , jangan pulak sampai sana pergi menambah nak ke tempat lain pulak .. kononya dah alang-alang sampai ... tak ada nya alang-alang .. pergi saja tempat yang hanya di rancang supaya anda tidak terkejar-kejar bajet yang sedia ada

untuk pengetahuan , kebetulan kami dapat diskaun 2 ringgit untuk setiap tempat tempat ni sebab jumpa agen masa tengah makan sebelum naik feri . nak jumpa agen yang kami deal ni senang ja , dia owner kedai makan betul-betul berada bertentangan dengan jeti feri kuala perlis sebab situ ja ada kedai makan pon ...
kita beli tiket siap2 dekat agen tu , nanti dah sampai tempat tu , kita juz  masuk ja .. ada setengah tempat , agen bagi tiket , kita bayar di tempat tu ... ada setengah , kita bayar siap-siap di agen tu ..
hotel dan pengangkutan pon disediakan .. so korang tak payah kalut dah nak cari-cari bila sampai sana ... memang jimat balik

2.  TEMPAT MENGINAP
       -   nak lebih jimat , tempah secara online .. zaman sekarang kan semuanya di hujung jari .. so tak payah nak risau .. cuma yang merisaukan tu antara reti dengan tak reti ja .. disebabkan mak jemah ni tak la pandai sangat sebab tak pernah booking trough online , so kami minta tolong kawan kami tunjuk ajarkan .. ( walaupun dia yang settlekan 100% ) hahaha
       -   tapi apa yang dikatakan oleh agen yang kami jumpa tu , melalui online akan cepat penuh sebab agen dah kuasai sepenuhnya tempahan .. so u ollz le pilih either one ... trough online or agen ... yang mana sempat dulu la k ...
so pilihan kami ada lah SWEET INN MOTEL dekat pantai cenang memandangkan kami memang mencari area kawasan berdekatan underwaterworld tu ...
tapi motel ni sesuai untuk tourist or begpackers ja sebab kecik .. tapi bagi kami , sesuai sangat la dengan famili kami yang kecik ni .. tambahan pulak nak stay semalam ja ....
kami amik family room ada 1 katil queen siza 1 katil single tapi kami satu kan katil ni supaya anak2 tak bergolek-golek jatuh masa nak tido nanti ...

SWEET INN MOTEL
2D1N
RM 130 (HARGA ASAL RM180)
agoda




3.  KENDERAAN 
       -   korang kena bajet jenis kereta mana yang korang nak pakai .. so far bagi aku sewa kereta di langkawi berbaloi la harga nya ... macam kami , kami memang dah ada kenalan dah di sana so senang sikit urusan kami nak cari sewa kereta ... kami amik viva ja .. kenala kami berempat ja ... so tak payahla berangan nak jadi che ta pakai kereta besar-besar pergi melancong dua hari ja ...

VIVA - RM 50 PER DAY ( DUA HARI RM 100 )
MINYAK - RM 20 ( TAHAN 2 HARI .. TU PON ADA LEBIH .. HALALKAN JERR )

SO ... ni la benda-benda yang perlu di survey .. yang selebihnya pandai-pandai korang la mengikut nafsu .. haha

selain di atas ni , bajet kami merangkumi ::

TIKET FERI - RM 18 PER SEAT
- disebabkan anak-anak masih kecik , so kami pangkukan ja diorang .. untuk kami hanya 2 seat sahaj
RM 72 ( PERGI BALIK )

MAKAN - 2 HARI
- RM 66

PERBELANJAAN MERAPU
- RM 121 

TOTAL KESELURUHAN PERBELANJAAN 
RM 673

kalau tak beli yang merapu meraban tu tak da la sampai tahap harga tu .... 

di sebabkan ini adalah percutian private pertama kami , i ollz sangat la teruja sebab bahagian sangat .. sebelum ni susah sangat nak cuti kemana-mana
biasala , kesibukan kerja dengan bajet yang ciput ...

 lepas ni boleh la ke next trip  ... setahun sekali .. hwa hwa hwa

ok la ... nanti kita sambung next entry na ... c u next time







Followers