Petua Merawat Penyakit
Merawat Lebam Akibat Tercedera
Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut
sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan
balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.
Melegakan Cirit Birit
1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu
cawan teh o pekat kemudian diminum.
2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut
dan balutkan dengan kain
3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil.
Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.
Sukar Buang Air Besar
Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang
dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering,
berbeza dari warna asalnya.
Bayi Sukar Buang Air Besar
Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut
bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari
Melegakan Sakit Akibat Terkepit
Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit.
Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.
Melegakan Tekak Perit
Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk.
Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.
Menajamkan Penglihatan
1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan
kerap memandang sesuatu yang hijau.
2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah
ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.
3. Bercelak ketika hendak tidur.
4. Kerap duduk mengadap kiblat.
5. Makan lobak putih selalu.
Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi
Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak.
Biarkan sehingga sakit gigi lega.
Mencegah Penyakit Buasir
Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah
kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya.
Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda
turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.
Jika Terminum Racun
Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan
selanjutnya dari doktor.
Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang
Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan
bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.
Mengatasi Mual Ketika Mengandung
Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.
Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus
Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih.
Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.
Menghidap Barah Rahim
Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di
dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.
Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak
Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan,
minum tiga kali sehari.
Menghilangkan Angin
Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka
(ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok
diminum selepas makan nasi.
Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk
Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal
pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut.
Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda
tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.
Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas
1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit
tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.
2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena
minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari
barulah pembalut itu dibuka.
3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol.
Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.
Mengubati Senggugut
1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput
cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat.
Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya
tiga kali sehari selama tiga hari.
3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau
garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman.
Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid,
minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.
Menyedapkan Suara
Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air
pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air
tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.
Merawat Hidung Berdarah
Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung
yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke
dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.
Menyegarkan Badan
Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang
telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :
* Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.
* Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan
minyak wangi atau kasturi.* Lalu digosokkan di dinding kemaluan.
Merawat Luka
1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada
luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.
2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan
sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang
agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.
3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit
kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan
pada bahagian yang luka.
4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka.
Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.
5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama,
siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan
terasa pedih lagi.
Cengkam Kuku Yang Bernanah
Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam
tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan
minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan
sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.
Sakit Kuning
Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan
meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.
Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning
Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga
raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.
Kanak -kanak Sesak Nafas
Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada
kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.
Sesak Nafas
Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi.
Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air,
kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.
Berkudis
Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan
kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.
Senang Bersalin
Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi
seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.
Selesema
1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah
diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.
2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris
limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara
membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.
4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan
minum air halia seminggu sekali
Bayi Selesema
Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak
sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.
Bengkak Kaki Waktu Hamil
Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan
satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga
bengkak tersebut surut.
Resdung
Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi.
Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda.
Amalkan selalu.
Suami Ketagih Rokok
Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali
tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.
Menghapuskan Bulu Roma
Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki
yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air
bersih.
Gastrik
1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan
tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali
seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.
2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur
dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi
meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.
3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang
segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.
Batu Karang
Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15
minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung
kemudian di minum.
Bengkak-bengkak
di Badan
Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di
atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal
itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.
Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak
1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan
dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali
dalam sehari.
2. Segera beri minum air kelapa yang muda.
Mengubati Kecacingan
Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas.
Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.
Cacing Kerawit
Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari
Kurang Darah Akibat Kemalangan
Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit
gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.
Telinga Dimasuki Serangga
1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas
sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.
2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.
Tercekik Tulang
Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan
seterusnya di hospital.
Menggemukkan Binatang Peliharaan
Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang
peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.
Melawas Kencing
1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan
minum dua kali sehari.
2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air.
Minumlah sekali sehari.
Mengubati Gelgata
1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi
gelgata.
2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang
terkena gelgata.
Segarkan
Saraf
Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering
sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Lelah
1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis
airnya. Minum seminggu sekali.
2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga
hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.
Sakit Disengat Lebah
Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah.
Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.
Berkhatan Cepat Sembuh
Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga
mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.
Kejang Perut
Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan
seminggu dua kali.
Penawar Kencing Manis
1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari
bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan
minum sekali seminggu.
2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya
tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.
Petua Mengelakkan Barah
1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana
ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah
kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin
menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini
mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi
bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang
mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi
vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan
yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan
risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia
membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko
kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN
2.1 Delima Hilangkan Masalah Cacing
Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam
perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah
delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah
cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan
cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai
Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium,
fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan
untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan
enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah
delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau.
Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima
kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan
untuk mengatasi kemandulan (Rajah 1).
2.2 Kurma Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium,
potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix
dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus,
di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam
bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi
sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar
biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan
boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi
mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun
halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus
lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan
gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan
sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan
gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai
penawar racun. ( Rajah 2 ).
2.3 Pisang Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan
yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian
seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis
bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting
untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan
ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada
luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula
boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga
digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau
radang perut (Rajah 3).
2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga
Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah
penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia.
Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke
bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit
setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus
mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A
dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga
mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang
mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat
(Rajah 4).
2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas
cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang
tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis
minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi
kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam
rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi
masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga
merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan
meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas
kerana kandungan enzimnya yang tinggi (Rajah 5).
2.6 Belimbing Merawat Kencing Manis
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan
segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada
yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah
Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai
khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam
darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah
tinggi, gingivitis atau radang gusi (Rajah 6).
2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada
serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur
menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon.
Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus
berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus.
Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan
limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk
kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur
dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya
juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus.
Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti
gonorea, sifilis dan klamidia (Rajah 7).
Pala Melegakan Kembung Perut
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit
arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut
salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema,
disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga
myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga
merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda
lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu
syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh
digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati
pelbagai jenis penyakit (Rajah .
2.9 Pinang dengan Pelbagai khasiat
Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan
berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi
perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya
diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi
serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan
terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga
mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan
oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk
mengubati penyakit kulit seperti panau (Rajah 9).
2.10
Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos,
sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat
berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah
dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu.
Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta
isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk
bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk
putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis
rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru
dan jantung (Rajah 10).
2.11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di
bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok
menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina
merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis
dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk.
Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat,
lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam
perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya
dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang
dimesin halus dengan sedikit air dan madu (Rajah 11).
2.12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak
menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak
dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang
meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih
buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah
pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih
berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang
belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit
air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi (Rajah 12).
2.13 Pelbagai Khasiat Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan
pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai
dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.
Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta
memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada
penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan
uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh
membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan
toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi
dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu
melancarkan pengaliran darah (Rajah 13).
2.14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae
merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan
zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia
mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan
potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado
mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang
bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan,
pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki
lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh
menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis
kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit
jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan
(Rajah 14).
2.15 Betik Selesaikan Sembelit
Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga
caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan
merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk
mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah
tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh
menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi
mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua
kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah (Rajah 15).
Pada zaman Salafussoleh dahulu, mereka terkenal dengan kekuatan akal fikiran
ataupun daya ingatan yang tajam. Di dalam sebuah keluarga, mereka memastikan
paling kurang seorang mesti menghafal Al-Quran. Ada di antara mereka yang
menghafal puluhan ribu hadis. Di antaranya Imam Ahmad bin Hambal menghafal
sejuta hadis. Apakah rahsia kekuatan akal fikiran mereka? Ulama-ulama Islam
telah sepakat bahawa syarat yang pertama dan utama untuk mempunyai kekuatan
akal yang kuat ialah menjauhi segala maksiat kepada Allah. Syarat kedua ialah
makan tidak berlebihan.
Di antara petua penting menguatkan akal menurut ahli-ahli perubatan Islam:
1. Makan kismis pada kadar 21 biji sehari.
2. Makan buah badam.
3. Makan daging kambing.
4. Halwa halia.
5. Kemiyan putih (mustaki) atau kemiyan serani.
6. Makan buah limau.
LARANGAN
Ahli-ahli perubatan dan ilmuan Islam juga, kuat menjaga pantang larang yang
boleh melemahkan kekuatan akal.
Di antaranya:
1. Mengelakkan minuman yang terdapat semut di dalamnya.
2. Mengurangkan makanan-makanan yang masam.
3. Mengelakkan makan ikan di bahagian kepala.
4. Mengelakkan tidur selepas subuh, asar dan maghrib.
5. Menjaga kebersihan dalam semua aspek terutama gigi dengan bersiwak setiap
kali waktu sembahyang.
Untuk menjadi peribadi yang berjaya akal fikiran mesti sentiasa di majukan dan
dipertingkatkan. Jadikan pandangan anda lebih positif, lebih global (luas) dan
sentiasa terbuka. Disiplin untuk akal perlu ada supaya ia dapat berfikir secara
teratur dan daya kekuatan akal dapat digunakan semaksima yang mungkin untuk
memajukan diri sendiri.
SENARAI MAKANAN & HIKMAHNYA DALAM ISLAM
Roti
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam
pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak
kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan
menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w.
pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau, hormatilah roti itu
dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan
dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas
dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan
organ hati.
Asparagus
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan
kelahiran anak.
Pisang
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup
barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara
menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit.
Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang
menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Sayuran
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
chamomile
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat
berguna untuk memanaskan badan.
Lobak Merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air
kencing.
Biji Kopi
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan
dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji Hitam (Habb Al Sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb
al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati".
Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu
ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat
'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan
penyakit selesema.
Ayam
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan,
serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak
boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang
tidak bertelur.
Kulit kayu
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk
menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang
digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia. Limau kulit
tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj) Nabi Muhammad
s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah seperti mukmin:bagus dirasa dan
bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan
kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan
pengaliran dalam hempedu.
Timun
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan
kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di
dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah
rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau
tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak
diingini.
Terung
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini
mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah
masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita
melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
Ikan
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan
yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar
dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.
Bawang putih
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan
menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk
mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi
s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia
mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami."
Minyak sapi
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun.
Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah
Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis
minuman yang campurannya dari zanjabil". Khasiatnya membantu penghadaman
dan memanaskan badan.
Inai
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar
atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku
dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan
cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai
pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi
pengantin baru.
Madu lebah
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini
apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda
Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu.
Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya.
Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit
keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan
meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut
kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling
berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya
dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang
dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
kekacang
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan
sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada
hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang
simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia
melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan
mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga
melemahkan penglihatan.
Daging
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging
selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang
tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling
baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang
paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun.
Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai
daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta,
kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga
melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang
pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
Daging kuda
Menurut Rasulullah SAW, banyak makan daging kuda boleh terbitkan kesombongan
dlm hati, kerana kuda itu sifatnya sombong.
Pisang
Turunkan Berat
TOKYO: Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan
pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang
Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.
Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah,
populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk
dihadapi di negara Matahari Terbit.
Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan
tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.
Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo
menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang
gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet
itu.
Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan
herba China.
Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.
Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72
kilogram. - Agensi
Radiasi
Punca Sukar Tidur
LONDON: Kesan radiasi daripada telefon bimbit dikenal pasti sebagai punca
masalah pemilik alat komunikasi itu untuk tidur nyenyak selain menyebabkan
sakit kepala serta kekeliruan di kalangan remaja dan kanak-kanak yang
menggunakannya.
Penyelidikan yang disiarkan akhbar The Independent menunjukkan penggunaan
telefon bimbit sebelum tidur menyebabkan orang ramai mengambil masa lebih
panjang untuk tidur dan kurang mendapat tidur selesa, sekali gus menjejaskan
kemampuan tubuh memperbaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.
Hasil kajian paling membimbangkan bagi kanak-kanak dan remaja, yang
kebanyakannya menggunakan telefon pada lewat malam dan memerlukan tidur mencukupi,
kata tinjauan itu.
Kegagalan mendapatkan tidur mencukupi boleh membawa kepada perubahan 'mood' dan
personaliti, kemurungan, kurang tumpuan dan persembahan akademik teruk.
Kajian yang dijalankan saintis dari Institut Karolinska dan Universiti Uppsala
di Sweden dan dari Universiti Wayne State di Michigan, Amerika Syarikat
dilaporkan yang paling menyeluruh.
Keputusan tinjauan itu diterbitkan oleh Simposium Penyelidikan Kemajuan dalam
Elektromagnetik Institut Teknologi Massachusetts dan dibiaya oleh Mobile
Manufacturers Forum, mewakili syarikat telefon bimbit utama.
Keputusan kajian menimbulkan kebimbangan serius di kalangan pakar tidur, dengan
salah seorang daripadanya berkata kini 'terdapat lebih daripada bukti kukuh'
untuk menunjukkan radiasi 'menjejaskan seseorang daripada tidur lena.'
Saintis mengkaji 35 lelaki dan 36 wanita berusia antara 18 dan 45 tahun.
Sebahagiannya didedahkan dengan radiasi yang benar-benar menyerupai apa
diterima ketika menggunakan telefon bimbit manakala yang lainnya ditempatkan
dalam keadaan sama tetapi diberikan pendedahan 'palsu' iaitu tidak kena radiasi
langsung.
Sukarelawan yang menerima radiasi mengambil masa lebih lama memasuki tahap
tidur lena pertama dan memperuntukkan masa kurang dalam tidur paling nyenyak.
Saintis merumuskan: "Kajian menunjukkan ketika pendedahan kepada frekuensi
884 'megahertz' membolehkan isyarat tidur disalurkan dan dipercayai penting
untuk pulih dari kerosakan pada siang hari, terjejas."
Bagaimanapun, Mobile Manufacturers Forum yang malu dengan hasil kajian
meremehkan perkara itu dan menegaskan - berikutan pelbagai rumusan yang
disiarkan - 'hasilnya tidak meyakinkan' dan 'penyelidik tidak mendakwa
pendedahan menyebabkan tidur terganggu.'
Namun, Profesor Bengt Arnetz, yang mengetuai kajian berkata: "Kami memang
menemui kesan dari telefon bimbit dari senario pendedahan yang realistik.
Kajian menunjukkan ia memberi kesan ke atas otak." �
Agensi
Diet CaraIslam
Jangan
makan SUSU + DAGING
>
> Jangan makan DAGING + IKAN
>
> Jangan makan IKAN + SUSU
>
> Jangan makan AYAM + SUSU
>
> Jangan makan IKAN + TELUR
>
> Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
>
> Jangan makan SUSU + CUKA
>
> Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
>
>
> # JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
> DAHULU, BARU MAKAN NASI.
>
>
> # TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
>
>
> # JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM
DIA
> AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
>
>
> Nampak memanglah pelik... tapi, kalau tak percaya... kawan2
> cubalaa..... ......... ......... ......... ....
>
> Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila
> kita sudah tua nanti.
>
> Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
> makanan laut.
>
> Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
> mendapat penyakit.
>
> Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
> mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
> ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
> terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
>
> p/s : Sampaikan walau sepatah...
>
>
> Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
> amalan spt:-
>
> Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari
> naik. Air sejuk
>
> yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita
> boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
>
> Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap
> pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
>
> Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
> kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit
> pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian
> kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui
> beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
>
> darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
> mengalir keruang berkenaan.
>
> Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
> menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme
> banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam
> air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak
> hadam) Wassalam...
>
> Sama2lah kita mengamalkannya. ......