VICTORIA SANDWICH CAKE

Assalamualaikum..

Meh nak share resepi kek victoria sandwich cake ..
simple dan senang ...

BASED CAKE

Vanila Kek





  • Tepung gandum - 250gm
  • Gula Halus - 250gm
  • Marjerin Cair - 125gm
  • Telur - 8 biji
  • Serbuk Penaik - 1gm
  • Air - 100gm
  • Ovellete - 25gm
  • Esen Vanila - 2tspn
Filling

  • Whipping ( topping ) cream - 150ml - guna jenis value pride

  • Jem strawberry / raspberry / blueberry - ikut kesesuaian
  • icing sugar - 15gm
  • buah-buahan segar ( strawberry , raspberry , cherries , blueberry ) - ikut kesesuaian
METHOD

vanilla cake
  • cairkan mentega dan ketepikan
  • campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pukul selama 8 minit
  • campurkan mentega cair secara kaup balik dengan menggunakan scrraper - kaup balik sehingga hilang minyak mentega tetapi jangan terlalu lama , ia akan menyebabkan kek mengecut ( shrink )
  • tuang dalam bekas acuan dan bakar pada suhu 190" selama 30-35 minit
  • sejukkan
filling 

  • pukul topping cream hingga gebu dan bertanduk - kekal kan kelajuan 2 sahaja sehingga bertanduk ( bila terbalik tak jatuh )
  • sapu layer pertama sponge cake dengan jem
  • kemudian sapukan topping cream yang telah di pukul tadi
  • letakkan layer kedua ke atas yang pertama
  • taburkan gula aising di permukaan kek
  • hiaskan dengan fresh fruits
  • sedia dihidang
PETUA/TIPS

  • pastikan mixer tools disejukkan ( simpan ja dalam peti ais sekejap ) 
  • topping cream pon kena sejuk jugak
  • jangan pakai tepung roti
  • buah buahan masak dengan gula kalau tak nak guna jem

Followers