PeTuA TraDiSioNaL



Assalamualaikum...

hari ni nysa saja nak berkongsi tentang petua2 orang tua2 nih...
tapi nysa ada jugak rujuk dekat blog nih.. blogger http://sidaratul.blogspot.com/...

*al maklumla dah kawen n nak beranak dah ni...segalanya berubah bentuk dah...hehe
so nysa kongsikan cara yang mudah bagi nysa....

belum cuba belum tahu...

GoOd Luck... :)

1.   Menegangkan Payudara 
-   Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

2.   Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
-   ambil beberapa keping daun sireh, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

3.   Memulih dan Menyempitkan Faraj
-   Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

4.   Merapatkan Peranakan
-    amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.

5.   Menyembuhkan Luka Pada Rahim Selepas Bersalin
-   Selain amalan memakan ikan haruan...menggunakan madu lebah (asli sahaja)....Di samping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukarnya. InsyaAllah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

6.   Seksologi Wanita
-  
 1. Elakkan terlalu kerap memakan sayur-sayuran yang sejuk sifatnya seperti timun dan kangkung.
2. Jangan kerap makan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang, betik dan semangka. Amalkan minum air lobak merah dan madu lebah.
3. Jangan lakukan persetubuhan ketika sedang haid.
4. Jangan buang air kecil dan air besar serentak ketika dalam tandas.
5. Jangan kencing dalam air. Selain melemahkan kemantapan faraj, ia jua menyebabkan cepat putus haid.
6. Jangan lupa membersihkan alat kelamin selepas melakukan persetubuhan. Selain mendatangkan kelemahan, anda juga mungkin dihinggapi penyakit.

7. Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

Followers