PeTuA TraDiSioNaL



Assalamualaikum...

hari ni nysa saja nak berkongsi tentang petua2 orang tua2 nih...
tapi nysa ada jugak rujuk dekat blog nih.. blogger http://sidaratul.blogspot.com/...

*al maklumla dah kawen n nak beranak dah ni...segalanya berubah bentuk dah...hehe
so nysa kongsikan cara yang mudah bagi nysa....

belum cuba belum tahu...

GoOd Luck... :)

1.   Menegangkan Payudara 
-   Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Buat 3 kali seminggu.

2.   Menghilangkan Kegatalan Pada Faraj
-   ambil beberapa keping daun sireh, beberapa keping asam gelugur dan sedikit garam. Jerangkan bahan-bahan tersebut di atas dapur dengan air secukupnya. Jerangkan ia dengan api yang perlahan selama 20 minit. Gunakan air tersebut untuk membasuh kemaluan anda setiap kali membuang air kecil. Kegatalan tersebut nescaya akan hilang di samping menghindarkan bau kemaluan yang tidak enak.

3.   Memulih dan Menyempitkan Faraj
-   Bagi wanita yang farajnya selalu berair dan berbau kurang menyenangkan, eloklah mencuba petua ini. Ambil segenggam serbuk teh, letakkan ke dalam mangkuk. Tuangkan air panas, kemudian duduklah di atas mangkuk itu sehingga wapnya terkena faraj anda selama 2 minit. Selepas itu basuh rata-rata dengan air teh itu. Lakukan 2 kali pada waktu pagi dan malam.

4.   Merapatkan Peranakan
-    amalkan memakan ulam lengkuas ataupun campurkan lengkuas dalam setiap hidangan makanan. InsyaAllah.

5.   Menyembuhkan Luka Pada Rahim Selepas Bersalin
-   Selain amalan memakan ikan haruan...menggunakan madu lebah (asli sahaja)....Di samping meminumnya, ambil madu lebah dan dioleskan pada lampin/pad wanita dan pakai seperti biasa, lakukan pada setiap kali menukarnya. InsyaAllah dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja boleh sembuh sepenuhnya.

6.   Seksologi Wanita
-  
 1. Elakkan terlalu kerap memakan sayur-sayuran yang sejuk sifatnya seperti timun dan kangkung.
2. Jangan kerap makan buah-buahan yang menghasilkan air yang banyak seperti pisang, betik dan semangka. Amalkan minum air lobak merah dan madu lebah.
3. Jangan lakukan persetubuhan ketika sedang haid.
4. Jangan buang air kecil dan air besar serentak ketika dalam tandas.
5. Jangan kencing dalam air. Selain melemahkan kemantapan faraj, ia jua menyebabkan cepat putus haid.
6. Jangan lupa membersihkan alat kelamin selepas melakukan persetubuhan. Selain mendatangkan kelemahan, anda juga mungkin dihinggapi penyakit.

7. Anak Berkulit Putih dan Bersih
Dari bulan pertama anda mengandung, amalkan meminum air kacang soya buatan sendiri atau dibeli. Minum setiap pagi, petang dan pada bila-bila masa yang anda suka. Setelah masuk bulan ke-9, amalkan meminum air kelapa muda setiap minggu. InsyaAllah anak yang bakal lahir kelak akan memiliki kulit yang putih dan bersih.

RIVieW 2013

Assalamualaikum..
Dah masuk tahun laen ni.mesti semua pakat dok pasang azam barula,nak jadi lebih baik dari sebelum nila..bla bla bla..
Xpa..apapun janji apa yang kat luar luar tu azam masing masing tercapai..
Azam nysa?
Erm..nak tunaikan azam yang dari awalnya tak tertunai tunai..hoho
Banya benda woo nak ikutkn kena jadi tahun ni..sejak tahun 2013 yang telah mengubah corak kehidupan nysa selamanya..ha hamek ko ayat skema giler
Tahun 2013 yang telah memberi kesan kepada tahun 2014 nysa..

1.   JUNE 2013
My big day..
Hari yang memberi seribu satu kenangan dimana cek tawen..ngeh ngeh ngeh..macam kata2 gatal plop*abaikan
Bermula la pertukaran status dari cik nysa ke puan nysa *sengeh lebar




Ok next
2.   OGOS 2013
Tak pasti samada bulan ni sebab dapat tahu lewat..
Pedia?hehe..cek tukaq status lagi..
Now im mother to be..
Perkara paling berharga dalam hidup..
*my precious gift ever
Actually dah lekat tapi dapat kesan lewat..huhu..
Xpa2,awal ka lewat janji semua sihat..
Sekarang dah mula rasa keaktifan baby..menendang2 gtu..siap masa scan,baby berenang2 lagi..ngeh ngeh ngeh
*my dear child,both of us r so proud to have u in our life..ibu n abah tak sabar nak tggu kamu melihat dunia..somuchlove
Cannot wait to c u my lil child..




3.   OKTOBER 2013
Thankz n syukur to Allah memurahkan rezeki lagi when nysa diterima kerja yang tetap dalam sektor gov..
Setelah hampir 26 tahun menunggu..akhrnya ada jugak hala tuju kehidupan nysa..
Inila orang kata,rezeki anak.. :-)
So done for this year..
Hopefully untuk tahun berikutnya,nysa dapat jadi seorang isteri yang taat kepada suami,ibu yang dapat mendidik anak dengan baik,anak yang dapat membalas jasa kedua ibubapa nya n pekerja yang berdedikasi..
Wassalam



SElamAt bekERja nySa

Assalamualaikum..

Dengan ini nysa ucapkan kepada diri nysa selamat memulakan tugas hakiki dengan uniform baru..

Wah kurlas gitu..

Followers