VICTORIA SANDWICH CAKE

Assalamualaikum..

Meh nak share resepi kek victoria sandwich cake ..
simple dan senang ...

BASED CAKE

Vanila Kek





  • Tepung gandum - 250gm
  • Gula Halus - 250gm
  • Marjerin Cair - 125gm
  • Telur - 8 biji
  • Serbuk Penaik - 1gm
  • Air - 100gm
  • Ovellete - 25gm
  • Esen Vanila - 2tspn
Filling

  • Whipping ( topping ) cream - 150ml - guna jenis value pride

  • Jem strawberry / raspberry / blueberry - ikut kesesuaian
  • icing sugar - 15gm
  • buah-buahan segar ( strawberry , raspberry , cherries , blueberry ) - ikut kesesuaian
METHOD

vanilla cake
  • cairkan mentega dan ketepikan
  • campurkan kesemua bahan kecuali mentega cair dan pukul selama 8 minit
  • campurkan mentega cair secara kaup balik dengan menggunakan scrraper - kaup balik sehingga hilang minyak mentega tetapi jangan terlalu lama , ia akan menyebabkan kek mengecut ( shrink )
  • tuang dalam bekas acuan dan bakar pada suhu 190" selama 30-35 minit
  • sejukkan
filling 

  • pukul topping cream hingga gebu dan bertanduk - kekal kan kelajuan 2 sahaja sehingga bertanduk ( bila terbalik tak jatuh )
  • sapu layer pertama sponge cake dengan jem
  • kemudian sapukan topping cream yang telah di pukul tadi
  • letakkan layer kedua ke atas yang pertama
  • taburkan gula aising di permukaan kek
  • hiaskan dengan fresh fruits
  • sedia dihidang
PETUA/TIPS

  • pastikan mixer tools disejukkan ( simpan ja dalam peti ais sekejap ) 
  • topping cream pon kena sejuk jugak
  • jangan pakai tepung roti
  • buah buahan masak dengan gula kalau tak nak guna jem

KEBAHAGIAAN DALAM KEHIDUPAN ( pengalaman bersalin )

Assalamualaikum
Sejak2 ada anak ni , tiap masa tiap waktu , bila ada waktu lapang ja , mesti dok belek2 gambo baby boo tu ..
Walaupun tmpt keje dengan rumah tak jauh mana , tapi rindu tu , macam ibu dok perlis anak dok peneng nu...over kan ibu... hihi ...
bila dok belek2 gambo baby girl( bak kata anak sedara ) , teringat masa nak melahirkan baby girl....
Nak ikutkan hati tu , memang rasa macan tak nak dah beranak tapi bila anak kuar ja dari dalam perut , punyala hembus nafas lega dan bersyukur yang teramat sangat ... menitis air mata .. tambah ada suami di sisi masa bersalin tu .. tak dapat gambarkan betapa bahagianya masa tu .... 

bermulanya ... waahh

bangun pagi2 , masuk toilet , tiba2 turun darah , yang kita ni tak sangga ( bahasa utagha ) ketaq dah .. habaq kat mak , mak kata dengan rilek nya " kalau turun darah biasanya bukan nak kuar sekarang ... " haha cek pon rilek la .. 
ajak mak g klinik sebab kebetulan hari tu memang ada appointment .. so pendek cerita , nurse suruh minta ke hospital ... ak dengan rilek nya ajak mak ngan abah g makan nasi ayam ... alasan , pahni dah pantang , xle nak makan dh... dapat bedal sepinggan pagi2 breakfast nasi ayam , trus ke hospital..

periksa2 , ' jalan ' dah buka 2cm ... apa lagi , warded .....

dipendekan lagi cerita , dua hari kemudian , ' jalan ' still 2cm ... perut dah mula rasa sakit ... malam kedua , ak sorang ja dok meraung2 sampai nurse naik meluat ...hihi

ak ditolak masuk dalam labor room , sebab lambat bukak ' jalan ' , doktor nak induce ... tapi lepas2 doktor pecah ketuban , hanya Allah ja yang tahu , betapa sakitnya nak beranak ..... 

disebabkan nafas ak pendek ,. ak diberi gas segedebak besaq punya untuk bantu ak bernafas ... 
sejuk hati bila nurse dalam laboor room tu bagi support ... sejuk sikit hati .. 

6 jam kemudian , guling punya guling punya guling , akhirnya ' jalan ' dah terbuka ... nurse semua dah siap bahan2 nak sambut baby ... gerun gila bila tengok ... bila nurse tanya ' nak panggil suami datang masuk tak ..??' terus ak jawab ' nnaakk ' .. ha nampak tak memang sangat2 memerlukan dia time tu .....

so start la sesi teran meneran ... tapi tak keluar apa .. sampai2 saja husben dalam labor room , terus gagah teran ... jadi bersemangat terusa bila suami terus pegang tangan support ...touching ...ok..dan mula la start dengar suara nurse bantu support suruh push ... jam ke-7 , ak dok push lagi , tapi tiba2 husband cakap , ' ayang..anak kita ... dah keluar ... ' ak terkejut , sebab tak rasa apa pun dia keluar ...
tengok2 celah kangkang ada baby ... terus menitis air mata ... dengan kucupan suami di dahi ... tak terungkap betapa bertuahnya saya ... 

akhirnya saya dah menjadi ibu dan isteri .... tangis dalam tawa .. im a happy women ... syukur alhamdulillah ...

apa yang ak inginkan hanya ak berharap agar ak dapat menjadi ibu dan isteri yang sempurna untuk suami dan anak ku..... 

thank you Allah ....




NASI GORENG TOMYAM

Assalamualaikum....

NASI GORENG TOMYAM

€ BAHAN-BAHAN :

bahan tumis - TUMIS DULU
Bawang putih
Isi ayam
Fishcake - terpulang nak buh isi apa
Cili kisar
Pes tomyam
Kicap manis - hanya sedikit
Garam

€ masukkan nasi

€ BAHAN SAMPINGAN

sayur bewarna - terpulang pada individu
* carrot - juliane
* kobis
* cili merah
* cili padi  - ketuk

BAHAN HIASAN
* daun limau purut - hiris halus
* cili merah

Followers