Assalamualaikum ..
sebenarnya tak plan pon nak ke langkawi ni ... besala , kalau plan tu , plan bagai nak rak, last2 bangun tido dok ada lagi kat rumah ... sampaila keesokan harinya , still di rumah ...
so , kali ni last minit punya plan ..
Asalnya nak balik penang rumah mak , pastu , tengah keje sehari sebelum tu , mesej hubby jom kite g langkawi sebelum ke penang .. hubby pon bagi green light ... dapat pergi dua hari satu malam pon jadi dah ...
nak ikutkan budget tu sebenarnya bukan ada budget besar pon tapi dah kerana nak jugak pergi , sanggup korek tabung yang mana ada ... haha
tapi kali ni kami betul2 safe budget ... in syaa allah , kalau betul rancang budget dan ikut seperti yang dirancang , budget kita akan cukup ... macam kami ni , siap dapat diskaun lagi .. tengok ,Allah nak permudahkan percutian kami ...
sebelum itu , kami share dulu tips budget kami
TIPS BUDGET BAWAH RM 500++ 2 HARI 1 MALAM I LANGKAWI
1. TUJUAN PERGI
- macam kami , yang kami nak pergi sangat ni bukan sebab apa .. sebab teringin nak bawak anak2 tengok akurium terbesar di sana . so, kami hanya rancang ke tempat yang kami hanya nak pergi sahaja
so kami rancang hanya akan ke tempat2 seperti
UNDERWATERWORLD LANGKAWI
2 dewasa 1 kanak2 ( amni tak dikira )
RM 52
BIRD PARADISE WILDLIFE PARK
2 dewasa 1 kanak2 ( amni tak dikira )
RM 42
MUZIUM 3D
2 dewasa 1 kanak2 ( amni tak dikira )
RM70 ( HARGA KESELURUHAN AGEN TERMASUK KOMISEN UNTUK KETIGA-TIGA TEMPAT)
amaran keras : dah bajet nak pergi tempat-tempat tertentu , jangan pulak sampai sana pergi menambah nak ke tempat lain pulak .. kononya dah alang-alang sampai ... tak ada nya alang-alang .. pergi saja tempat yang hanya di rancang supaya anda tidak terkejar-kejar bajet yang sedia ada
untuk pengetahuan , kebetulan kami dapat diskaun 2 ringgit untuk setiap tempat tempat ni sebab jumpa agen masa tengah makan sebelum naik feri . nak jumpa agen yang kami deal ni senang ja , dia owner kedai makan betul-betul berada bertentangan dengan jeti feri kuala perlis sebab situ ja ada kedai makan pon ...
kita beli tiket siap2 dekat agen tu , nanti dah sampai tempat tu , kita juz masuk ja .. ada setengah tempat , agen bagi tiket , kita bayar di tempat tu ... ada setengah , kita bayar siap-siap di agen tu ..
hotel dan pengangkutan pon disediakan .. so korang tak payah kalut dah nak cari-cari bila sampai sana ... memang jimat balik
2. TEMPAT MENGINAP
- nak lebih jimat , tempah secara online .. zaman sekarang kan semuanya di hujung jari .. so tak payah nak risau .. cuma yang merisaukan tu antara reti dengan tak reti ja .. disebabkan mak jemah ni tak la pandai sangat sebab tak pernah booking trough online , so kami minta tolong kawan kami tunjuk ajarkan .. ( walaupun dia yang settlekan 100% ) hahaha
- tapi apa yang dikatakan oleh agen yang kami jumpa tu , melalui online akan cepat penuh sebab agen dah kuasai sepenuhnya tempahan .. so u ollz le pilih either one ... trough online or agen ... yang mana sempat dulu la k ...
so pilihan kami ada lah SWEET INN MOTEL dekat pantai cenang memandangkan kami memang mencari area kawasan berdekatan underwaterworld tu ...
tapi motel ni sesuai untuk tourist or begpackers ja sebab kecik .. tapi bagi kami , sesuai sangat la dengan famili kami yang kecik ni .. tambahan pulak nak stay semalam ja ....
kami amik family room ada 1 katil queen siza 1 katil single tapi kami satu kan katil ni supaya anak2 tak bergolek-golek jatuh masa nak tido nanti ...
SWEET INN MOTEL
2D1N
RM 130 (HARGA ASAL RM180)
3. KENDERAAN
- korang kena bajet jenis kereta mana yang korang nak pakai .. so far bagi aku sewa kereta di langkawi berbaloi la harga nya ... macam kami , kami memang dah ada kenalan dah di sana so senang sikit urusan kami nak cari sewa kereta ... kami amik viva ja .. kenala kami berempat ja ... so tak payahla berangan nak jadi che ta pakai kereta besar-besar pergi melancong dua hari ja ...
VIVA - RM 50 PER DAY ( DUA HARI RM 100 )
MINYAK - RM 20 ( TAHAN 2 HARI .. TU PON ADA LEBIH .. HALALKAN JERR )
SO ... ni la benda-benda yang perlu di survey .. yang selebihnya pandai-pandai korang la mengikut nafsu .. haha
selain di atas ni , bajet kami merangkumi ::
TIKET FERI - RM 18 PER SEAT
- disebabkan anak-anak masih kecik , so kami pangkukan ja diorang .. untuk kami hanya 2 seat sahaj
RM 72 ( PERGI BALIK )
MAKAN - 2 HARI
- RM 66
PERBELANJAAN MERAPU
- RM 121
TOTAL KESELURUHAN PERBELANJAAN
RM 673
kalau tak beli yang merapu meraban tu tak da la sampai tahap harga tu ....
di sebabkan ini adalah percutian private pertama kami , i ollz sangat la teruja sebab bahagian sangat .. sebelum ni susah sangat nak cuti kemana-mana
biasala , kesibukan kerja dengan bajet yang ciput ...
lepas ni boleh la ke next trip ... setahun sekali .. hwa hwa hwa
ok la ... nanti kita sambung next entry na ... c u next time