KUIH CEK MEK MOLEk
Assalamualaikum ...
Bila aura mood baik datang time cuti2 ni .. banyak benda nak buat .. lepas tu termengah mengah penat ... over sangat .. hahahah
Petang ni , sebenarnya kemalasan tu sedang melanda diri tapi bila anak-anak dah tido , petang2 ni pulak xbuat apa .. kain baju semua siap lipat dh .. makanan untuk en asben pon siap masak dh , so masa free tu tetiba ada .. selalu macam lipas kudung , mesti ada ja benda nak kena buat ... tapi rini macam nak tido jugak sekali anak2 , macam tak bole tido plak ... nak mendugong ( guling-guling) pon dah tak larat ...
Teringat dalam peti ais ada lagi seketul ubi merah ... si kakak ngan en asben suka jugak makan kuih cek mek molek ni ...
time ni la nak main masak2 bila anak2 dh tido ...
apa lagi , operasi bermula ...
BAHAN-BAHAN
1 ketul ubi merah ( ikut banyak mana nak guna )
Tepung gandum - nysa guna dua sudu untuk seketul ubi
garam
gula
Cara-cara
:: mula-mula rebus dulu ubi merah tu ( nak cepat , potong kiub kecik-kecik )
:: dah lembut , lenyek-lenyek kan ubi tu
:: tambah tepung dalam dua sudu ( jangan lebih sangat tepung nanti kuih boleh jadi keras )
:: bentuk kan adunan
:: letak gula di tengah-tengah ubi dan bentukan membujur ...
:: then , goreng
siap..!!
senang ja
nak froze kan kuih ni , nysa goreng sekejap ja , sejukan then simpan dalam bekas ...
simpan dalam freezer
esok nak makan baru goreng sampai masak pulak
k daaaa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment