Assalamualaikum
petua-petua
tradisional
meh kita bersama sama amalkan...
ihsan dari encik google (^^)
Menghasilkan
Kulit Cantik
Mengatasi
Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang
dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.
- Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
- Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
- Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.
Menegangkan
Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani
atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga
menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg
anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap
hari.
Menyegarkan
Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh
muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam.
Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang
kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Menyegarkan
Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada
kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya
selepas itu.
Menaikkan
Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan
menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah
sepuluh minit.
Merawat
Panau
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat
dan tempelkan pada tempat berpanau.
Mengelak
Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya
dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap
ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda
akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.
Mengurangkan
Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah
manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan.
Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.
Sihat
Tubuh Badan
Setelah solat Subuh,
lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut
(Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.
Melangsingkan
Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji
timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis
dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai
berat badan ideal.
Menghilangkan
Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga
lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak
sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg
mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk
menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Mengelak
Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga
menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini
juga dapat mencegah kelemumur.
Koleksi Petua Untuk Menghilangkan
Bau Ketiak
Pilihan 1: Amalkan semasa mandi,
gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu
dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. Pilihan 2: Ambil
sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda
dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Masalah badan berbau semakin
berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.
Menghilangkan
Kelemumur
Perahkan air limau purut/
nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk
hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam.
Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. --Mr>
Raaz. 01:46, 20 September 2007 (UTC)Pn JAMILAH
Rambut
Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman.
Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit
perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu,
elakkan mengikat rambut dgn getah.
Menghilang
Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut
sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah
menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.
Menghilang
Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan
bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga
ketumbit hilang.
Menurunkan
Berat Badan
- Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
- Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
Mengatasi
Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan
menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut.
Amalkan sebelum mandi.
Awet
Muda
- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
- Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
Mudah
Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga
kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi
Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.
Menghilangkan
Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa.
Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah,
jerawat akan beransur hilang.
Meluruskan
Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil
patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam
peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada
kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam
barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut
kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Menghaluskan
Kulit Muka
(1) Bancuh sedikit asam jawa
bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat.
Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang
limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Memerahkan
Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2
malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah
seperti memakai gincu.
Memutih
dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa
kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa
tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.
merah kan bibir tumbuk kunyit dan sapukan di bibir
Tegangkan
Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih
nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.
Menghaluskan
Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu
tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan
kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa
keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan
kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
Mengembalikan
Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan
minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.
Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian,
duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa
mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu,
kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.
Menghilangkan
Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga
cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur
hingga bersih. Lakukannya tiga kali sehari.
Menghilangkan
Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan
buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika
hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah
beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan
selalu.
Mengelak
Santau
Untuk mengelakkan santau melalui
makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah.
Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman
atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung,
berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin,
jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.
Meminimakan
Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi
kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam.
Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk.
Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca,
bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan
bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu
adalah ibadat.
Menghilangkan
Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih,
hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut
bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal
sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna
merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.
No comments:
Post a Comment